Anda berada disini : Laman Utama

Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia

Panduan Penggunaan Sistem Jejak-jejak Alumni


Tahniah kepada  semua graduan…....
Para graduan yang budiman, anda diminta untuk mengemaskini maklumat anda  dalam Sistem Jejak-jejak Alumni bagi tujuan perhubungan pada masa akan datang.   Sila ikuti langkah-langkah berikut:
1.    Sila layari portal rasmi Alumni UUM (http://www.alumni.uum.edu.my) dan klik pada ikon pautan kepada Sistem Jejak-jejak Alumni.
2.    Sila masukkan nombor matrik (contoh: 123456) anda dan nombor kad pengenalan anda (contoh:800109095169) dan klik butang ‘hantar’.
3.    Sekiranya nombor matrik dan no kad pengenalan anda wujud, borang untuk mengemaskini maklumat peribadi dan maklumat organisasi anda akan dipaparkan. Sila kemaskini maklumat anda dan klik butang ‘hantar’.
( Sekiranya maklumat anda tidak terdapat di dalam pangkalan data sistem, anda perlu membuat laporan kepada pihak alumni dan juga mengisi borang permohonan dengan cara klik kepada pautan yang terpapar pada skrin.)
4.    Pada skrin yang seterusnya, sila masukkan maklumat anugerah yang pernah anda perolehi. Sekiranya tiada, sila masukkan tanda ‘-‘ pada setiap bahagian dan tekan butang simpan. Setelah anda memasukkan semua maklumat anugerah, sila tekan butang ‘seterusnya’.
5.    Pada skrin ini anda boleh memuat naik (upload) gambar terkini anda tetapi perlu mematuhi syarat-syarat yang berikut:-
a.    Saiz maksima gambar anda adalah 150px X 150px atau tidak melebihi 20Kb
b.    Sila namakan gambar anda dengan nombor matrik anda. (Contoh : 84164.jpg)
c.    Sekiranya anda mahu mengubah gambar anda, sila PASTIKAN nama gambar anda sama     dengan nama gambar sebelumnya. Ini adalah untuk mengelakkan masalah duplikasi gambar.
6    Sekiranya sudah selesai memuat naik atau anda tidak mempunyai gambar untuk dimuat naik, anda hanya perlu klik butang ‘seterusnya’.
7    Sila semak semula maklumat anda pada paparan skrin ini. Sekiranya betul sila klik butang ‘cetak’ untuk mencetak maklumat anda.
8    CETAKAN INI PERLU DIBAWA SEMASA HARI PENGAMBILAN JUBAH SEBAGAI BUKTI PENDAFTARAN ALUMNI ANDA.
9    SILA TUNJUKKAN CETAKAN MAKLUMAT JEJAK-JEJAK ALUMNI DI KAUNTER  ALUMNI SEBELUM ANDA MENGAMBIL JUBAH.

 

Berita Alumni

Bankuet Diraja Dan Konvensyen Alumni sempena Jubli Perak 2009

Bankuet Diraja Dan Konvensyen Alumni sempena Jubli Perak 2009

SINTOK, 14 DISEMBER: Sudah tiba masanya para graduan memberi sumbangan dan idea kepada universiti yang disifatkan sebagai gedung ilmu untuk mendidik mereka menjadi insan yang berjaya dalam merancakkan pembangunan negara.

Read more...

Bankuet Diraja Alumni Iktiraf Jasa Alumni

Bankuet Diraja Alumni Iktiraf Jasa Alumni

PUSAT ALUMNI: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah berkenan menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Alumni 2009 sempena Bankuet Diraja Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, kelmarin.

 

Read more...

Iklaneka

Masa

Sistem Alumni

PAUTAN PANTAS

 

 

Tetamu Di Talian

Kami mempunyai 14 guests di talian

Kaunter Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini20
mod_vvisit_counterSemalam93
mod_vvisit_counterMinggu ini382
mod_vvisit_counterMinggu lepas608
mod_vvisit_counterBulan ini1400
mod_vvisit_counterBulan lepas826
mod_vvisit_counterKeseluhuran2972